14 February 2014

Pengalaman bersalin Adra Yukihana Part II

Assalammualaikum :D
Suspen x nak tunggu sambungan dari part I???hehehehe....saja ja nak bagi korang ternanti-nanti .

"Ya Allah Ika!!!Kepala baby dah xdak ni,dah masuk laluan terus kena p hospital cepat ni''
Bila semua orang dalam rumah dengar ja,apa lagi mengelabah la....tapi ika wat cool lagi kot.mentang-mentang xsakit kan.....Lepas solat,ika terus siap2 ke hospital.sebelum ke hoapital salam minta ampun dengan semua yang ada..hah!!masa ni semua dah  mula nangis!!baru ika asa cuak!tadi cool sangat kan....

10.11.2013 , Ahad
Tepat jam 12 am kami sampai hospital ,since ptg tadi dah daftar so xpayah daftar lagi.terus masuk cek laluan.Rupanya dah 5cm buka.
"pn,salin baju ni lepas 2 masuk labor room ya"
"nurse,boleh x saya nak makan kejap dengan hubby saya "
"boleh,tapi pn tukar baju pink ni dulu k"
Lepas tukar baju pink keluar la ke ruang menunggu makan roti & milo panas.Pesan dekat hubby jangan pergi mana-mana taw.nurse cakap hubby boleh masuk klu labor room husband friendly kosong nanti.Lepas makan salam minta ampun dengan hubby plak.
Lepas 2 nurse terus tolak masuk labor room tapi yang xbestnya labor room husband friendly dah penuh la plak.so kena berjuang tanpa hubby disisi la......
Masuk ja laboor room,nurse pasangkan ctg,jantung bby ok,contraction kuat tapi still xsakit.

2am
Doktor datang wat VE dah buka 6cm,then doc pecahkan air ketuban.Terasa air yang suam melimpah ruah dengan banyak & lajunya........
Pinggang makin sakit & miss v makin ngilu tapi still boleh bertahan dengan pernafasan hipnobirthing yang ika amalkan.

3.30am 
"Pn,saya nak cucuk ubat tahan sakit ya"
"tapi saya xsakit pon nurse??"
"nanti pn akan rasa sakit..."
Since ni baru 1st time kan,so memang ika ingat betul la kata nurse 2.So cucuk la ubat tahan sakit.

4am
Nurse pasangkan drip yang ika sangkan glukose untuk tambah tenaga.so ika xtanya pape la.Tak sampai 5 minit selepas pasang drip pinggang terasa makin menyucuk.Sakit 2 datang dan pergi.makin lama makin sakit terasa masa pinggang kita di perah kemudian dipatahkan.selang seminit.sehinggakan ika menjerit & sebut ALLAH kuat2!!!Dengan suara ika yang memang kuat ni nurse terus bagi gas kurangkan sakit,seriusly ika memang xpernah baca tentang gas ni.Nasihat ika korang xpayah la sedut gas ni kalau sakit,xkurangkan sakit pun,mabuk ada la dengan gas ni.Sampai ika xsedar kepala baby dah nak kuar.Nurse tu sampai amik gas dari tangan ika suruh push.,masa 2 ada 4 orang dalam labor room ika,.xpasti la nurse ke doc.diaorang pakai baju sama ja!!!
2 kali ika push then ika nampak 4 orang lagi lari masuk bilik ika.Ika dah pelik masa ni.Napa ni??
so total dalam bilik ika ada 8 orang ,4 daripada mereka tolak perut ika sambil ika push!2 kali push ika asa macam dah xlarat sangat.
"Puan,saya akan bantu pn,almost semua kepala baby dah keluar ni pn!saya nak puan push sekuat hati k. 1 push only k!!"
Ika tarik nafas yang panjang then push sekuat hati,maka lahirlah puteri sulung kami saat azan subuh berkumandang!Alhamdulillah........
"Pn,baby apa ni?"
"Gurl"
then letak baby atas dada Ika,Baby buka mata & tengok muka ika.Kenapa baby xmenangis ni??
"doc,kenapa baby saya xmenangis??Dia lemas ka?"
"Nope pn,she fine .Memang sesetangah baby keluar xmenangis"

Lepas potong tali pusat nurse ambil baby untuk dibersihkan,masa ni la baby menangis dengan kuatnya!Doc keluarkan uri & jahit tempat luka.Mula2 jahit ika terasa pedih tapi last-last ika tertidur sebab lalok dengan sedutan gas yang banyak & penat.

7am
Nurse bawakan air milo untuk minum n salin baju ika.Lepas minum nurse bawakan baby untuk disusukan.Alhamdulillah baby pandai minum bila nurse letakkan di breast.Alangkan bahagia saat menatap muka baby yang suci ni...perasaan yang xdapat digambarkan & macam xpercaya ika dah jadi mama!!!
Lepas baby diazankan oleh hubby terus naik ke wad.

Adra Yukihana Bt mohd Faizal
10.11.2013
5.54am
3.45kg
Day 1

Day 2

12 February 2014

Pengalaman bersalin Adra Yukihana

Assalammualaikum...
fuh!!!lepas 3 bulan melahirkan baru nak share pengalaman melahirkan puteri sulung ika ni.Nampak x bertapa bizinya mama ika ni :p hehehehehehe....bukan bizi sgt pon sebenarnya tapi lagi best layan baby hana dari blogging taw!!!

Dulu masa ika isi borang cuti bersalin ika tak ambil cuti awal macam sesetengah orang ambil cuti awal seminggu @ dua minggu sebelum bersalin,Ika tanya mak,dia cakap tak payah ambil cuti awal nanti over due rugi cuti.Sebagai anak yang baik,ika ikutkan cakap mak & percaya diri ni kuat boleh kerja sampai saatt-saat sebelum bersalin,ceeewaaaahhh!!!
Tapi masa 38minggu bersalin dah terasa tak larat nak bawa diri dah,perut membesar dengan jayanya,so bincang dengan hubby cakap nak ambil cuti next week.Bayangkan ika nak bangun dari kerusi pon beraduh!!lepas confirm ja next week boleh cuti heppynya!!hari terakhir kerja terus kemas-kemas meja kat ofis ni,balik dengan suka hati :D 

9.11.2013 , sabtu
since hari cuti dan semalamnya tidur lambat so pagi ni bgn lambat juga la.Dalam pukul 11pagi macam tu ika masuk toilet buang air kecil tengok-tengok ada brownish secalit kat tisu masa bersihkan diri.Dalam hati dok pikir ni turun tanda ka??nurse cakap turun tanda darah tapi ni brownish...pening sudah!!tunjuk kat hubby ,ye cakap mungkin tanda.Since tak ada pengalaman,ika tanya kak sepupu yang kerja nurse,dia cakap tu turun tanda. Tapi ika xdak rasa sakit pon,ika ingat tak mau la p hospital lagi since x sakitkan,tapi hubby nak juga bawa p hospital.Ika pon kemas uma then pack beg baju hubby..beg baju ika & baby dah ada kat uma mak.2 ptg kami bertolak dari penang ke sungai petani..on the way balik SP kami singgah sunway carnival seberang jaya sebab asa nak makan kerabu pelam chicken rice shop!hah!dah turun tanda pon ada ada mengidam lagi 2.Sampai uma mak dalam pukul 4 petang,lepas dah turunkan semua beg terus gerak ke hospital,dalam 4.30 ptg sampai la hospital.masuk labor room sambil dok gelak-gelak dengan hubby :p

Lepas dah daftar ,jumpa doktor.dok wat ctg,jantung baby ok,kemudian doc scan,
"baby pn kecik saja dalam 2.7kg" 
dalam aty betul ke scanner doc ni??masa kat KK doc cakap baby besar.Tapi think positive ni,baby kecik lagi better senang nak bersalin la....
"Pn,saya nak check laluan ya,nak tengok dah buka ka" 
dalam hati dok pikir mesti xbuka punya la sebab setahu ika klu dah buka mesti sakit.
""ok dah buka 3cm Pn"
"hah!!betul ka doc??"
"ya ,saya nak tolong bukakan laluan utk pn,tapi sakit sikit ni"
Waaaarrrggghhh!!bukan sakit sikit tapi sakit ooooo doc tolong buka kan laluan,masa dia wat VE xsakit tapi TOLONG ni sakit!!!
"ok...pn kena admit wad"
"doc...saya nak balik la,saya xrasa sakit pun ni"
"Tapi pn dah fasa aktif ni,saya confirm mlm ni pn bersalin"
"tak pa doc saya balik dulu la...nanti malam kalau sakit saya datang balik.Lagipon rumah saya dekat ja,15minit ja sampai la hospital"
"Ok saya bagi pn balik tapi klu rasa sakit kuat,turun darah banyak @ pecah ketuban kena datang hospital segera!!"
Tersengih teru bila dapat green light untuk balik!!hahahahaa..keluar labor room dengan senyuman ni.Hubby tengok-tengok dia terus cakap bby bg false alarm lagi la 2.Bila bagitaw dah buka 3cm terus terkejut .hehehehehe...

5.30 ptg sampai rumah terus suruh abang sepupu ambilkan kelapa sebiji nak minum.Petang tu still tak sakit cuma asa sakit pinggang ja sikit.Dok bergelak sakan dengan semua yang ada.Lepas maghrib mak ayah,mama abah,abang e,kak zai,abang g,kak ina ,mak cik pak cik berkumpul kat uma.semua pelik tengok ika dok bergelak sakan dengan diaorang.
8 malam,pinggan still sakit sikit tapi asa ngilu2 kat miss V.macam ada benda.Start 8 malam sampai 11mlm,setiap sejam ika akan disuruh mandi air sejuk..sejuk gila mandi mlm2 sampai mengigil satu badan,katanya petua cepat bersalin.
11mlm kak ina yang keja nurse minta nak check perut,dia cakap napa perut still tinggi klu dah nak bersalin.so baring la untuk dia check...
"Ya Allah Ika!!!!!......................................................"

bersambung ke bahagian ke-2 ,panjang sangat jenuh korang nak baca