15 May 2014

Wordless Wednesday:EBM

Alhamdulillah "titisan emas " tetap meriah walaupon mama hana berpuasa hari ni.
Hasil 3kali pam di ofis hari ni.

P/s::nanti ika kongsi tips untuk persediaan puasa bagi BF mommies ya.

09 May 2014

Adra Yukihana: 0-5 bulan

Hari ini genap anak mama 6 bulan.Sekejap nya anak mama ni membesar...Mama rasa macam baru semalam mama lahirkan hana ke dunia ni,sakit bersalin pun masih terasa ni.    

Mama tak pernah pun update perkembangan hana sebelum ni dalam blog,hari ni mama akan update perkembangan hana dari hana lahir sampai la hana  5 bulan .

Alhamdulillah sampai hari ni hana still exclusive breastfeeding...wah!!mama dah dapat diploma ni 
Lepas ni hana dah boleh start makan dah.Lepas ni baru mama akan kongsi pasal tu semua,sekarang jom tengok  hana dari lahir sampai sekarang ni 

  1st day  

Hari pertama hana dilahirkan.Hana chubby betol..masa ni muka sebiji muka uncle chag.Uncle chik frust sebab hana xdak muka uncle chik.Setiap saat mama tengok muka hana sebab xpercaya yang mama dah jadi mama.

Hana dimasukkan ke dalam NICU jaundice yang cukup tinggi ,360.BILIBlanket terapi.Nanti ika akan kongsi dengan mommy semua tentang jaundice hana ni.
Hari ke 7 hana baru dibenarkan balik ke rumah,yang mana mam & papa harap sangat sebab hari tersebut merupakan hari ulangtahun perkahwinan mama & papa yang pertama.

Mama akui, membesarkan Aisya adalah sangat sempoi. Terima kasih Allah sebab anugerahkan Aisya yang sangat mudah diurus. Tidak banyak ragam.Hana yang Mama kenali s, is such a happy baby! Bangun tidur, mesti terus senyum. Jarang sekali nak menangis. Sampai kan bila hana dah sebek nak nangis tok suruh biakan,sebab nak tengok sangat hana nangis kuat-kuat tapi last-last xnangis pun.

   1 Bulan   
Masa ni genap 1 bulan dah anak mama ni 

  2 Bulan  
Lil angel mama semasa 2 bulan.

Mula belajar meniarap 
Nampak gaya hana yang bersungguh-sungguh tu,sampai muncung mulut hah!

Dah pandai masukkan tangan dalam mulut dah masa ni.Tak kira la,lapar ke kenyang ka kerja nak makan tangan tu saja.

Akhirnya dah boleh meniarap yeeeaaaahhhh!!mama & papa ynag super excited ok!


 3 bulan 
Pandai balas senyum
Pandai Baby Talk
Pandai meniarap dengan jayanya 

gambar pertama hana meniarap berjaya angkat kepala 


                                                                      4 bulan


Semua benda dia nak makan!adoi la hana....

see....dah pandai pegang sendiri 

1st time hana demam,lepas kena sunat.Nanti mama kongsi cita pasal hana bersunat ya.

hah!ni best...dah pandai tarik rambut dah!bukan takat rambut mama & papa ja kena tarik,rambut sendiri pon dia tarik la....

makin galak!

duckface!!alamak!mamanya suka wat duckface dulu masa selfie hahahaha


5 bulan
Hana sekarang makin aktif...pusing 360 darjah dah.kejap terlentang,kejap meniarap,kejap angkat bontot tinggi-tinggi.Kalau bab gelak sangat macam mama,gelak kuat!!Kita kan geng kan hana :p
Apa yang mama nak pegang dia nak pegang juga.Mulut dah becok bercerita ,walaupon mama & papa xpaham tapi mama & papa hepy dengar celoteh hana.

mama pum susu pun hana nak sibuk juga ni.

Hah kebolehan terbaru hana!tak cukup makan jari tangan,jari kaki pun nak makan juga