Showing posts with label breast feeding. Show all posts
Showing posts with label breast feeding. Show all posts

30 June 2014

1 Ramadhan


 Rasulullah s.a.w bersabda :
 “Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. 
Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. 
Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .
Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? 
Lalu mereka semua berdiri. 
Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. 
Apabila mereka semua telah masuk,
 pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya

 (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896) 


Ahlan WasahlanYa Ramadhan...syukur ke hadratNya kerana tahun ni kita semua masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan  Ramadhan yang penuh keberkatan  Tahun ni berazam nak puasa penuh...insyaAllah.....memandangkan 1 Ramadhan jatuh hari ahad,so balik sambut puasa dengan mak ayah di kampung.:sparks2:  

Hari pertama ramadhan berlalu dengan jayanya...dengan cuaca yang hujan,sejuk je rasa.Tahun lepas berpuasa masa pregnant,agak mencabar.Tahun ni lagi mencabar berpuasa sebagai ibu menyusu.

Since hari pertama berbuku beramai-ramai,menu 1 ramadhan special sikit   :like:  :like: nanti bila mak dah start meniaga bazar ramadhan dah tak sempat berbuka di rumah.Suasana dah tak sama plak.....Juadah berbuka puasa kami sekeluarga semalam,sup gearbox,air asam,ikan masak taucu,udang & sotong goreng tepung,pupia goreng,pulut sekaya,koey teow goreng,air ribena & soya cincau.

sotong goreng tepung terlebih garing   blogger-emoticon.blogspot.com

Sebahagian juadah

Udang goreng tepung    :like:

ikan taucu,air asam & kuah popia goreng

Ni kiriman jiran

Dah kongsi juadah berbuka semalam,ni ika kongsi plak tips untuk ibu-ibu yang menyusu.
Jangan takut dengan bulan Ramdahn,lalui hari-hari tersebut dengan tenang.InsyaAllah kuantiti susu yang dihasilkan masih kekal macam biasa,kalau kurang mungkin kuantitinya sedikit sahaja.Ini kerana walaupon kita tak makan,badan tetap beri keutamaan untuk hasilkan susu menggunkan simpanan zat dalam badan.
  sentiasa positif & yakin dengan diri sendiri
  Jangan sesekali tinggalkan waktu sahur.Makan nasi @ makanan yang berat,jangan makan makanan               yang banyak minyak,makan sayur & buah banyak.
Semasa nak bersahur ika amalkan gumpal nasi sebnyak 3 ketul.
gumpalan pertama-baca surah al-ikhlas kemudian makan
gumpalan kedua-baca surah al-ikhlas kemudian makan
gumpalan ketiga-baca surah al-ikhlas kemudian makan
(semasa makan gumpalan nasi tersebut,niatkan dihati mohon Allah berikan kita kekuatan untuk berpuasa & menyusu anak serta dikurniakan susu yang banyak)
  Minum air yang banyak terutama waktu sahur dan selepas berbuka.Minum susu,milo suam,horlick                 suam @ minuman malt sebelum habis waktu sahur.
  makan makanan berkhasiat & seimbang apabila waktu berbuka.Pastikan makanan berat kerana ibu               menyusu memerlukan 500 kalori  lebih banayak dari wanita yang tidak menyusu.
   pastikan anda pam sebelum tidur atau kerap susukan anak waktu malam untuk pastikan lebih banyak            demand untuk penghasilan susu di waktu siang.
  Doa semoga Allah permudahkan segalanya.Kerana hanya dengan izinNya sahaja kita mampu                       melakukan segala-galanya.
Mohon pada Allah agar susu tetap cukup untuk baby & kita dapat puasa & menyusu


Akhir sekali ika sertakan niat berpuasa untuk rujukan semua:  emoticon57


Semoga Ramadhan kali ni akan membawa keberkatan kepada kita semua.Amin......






15 May 2014

Wordless Wednesday:EBM

Alhamdulillah "titisan emas " tetap meriah walaupon mama hana berpuasa hari ni.
Hasil 3kali pam di ofis hari ni.

P/s::nanti ika kongsi tips untuk persediaan puasa bagi BF mommies ya.

17 April 2014

Botol Susu MAM Pilihan Hana

Sejak hana dalam kandungan lagi ika dah mula baca review mommies lain tentang botol susu untuk baby yang breastfeeding.Almaklum la ibu yang bekerjaya harus la ajar minum boto masa duduk dengan babysitter nantikan.Selain itu ika baca juga pasal nipple confuse.Alahai bila baca macam susah ja nak ajar baby minum botol nanti.
Ika cuti bersalin selama 3 bulan so bulan ke-3 baru ajar baby minum guna botol.

Lepas banyak review yang dibaca,ika & hubby sepakat nak belikan hana 'Magic Botol' yang disebut dikalangan mommies lain.

Peristaltic PLUS PPSU Bottle.Ika beli yang besar tak jumpa yang saiz kecil ni.

So mama ni beli la dengan harapan baby akan minum guna botol ni.Ciri-ciri botol ni yang buat ika tertarik ialah:
 BPA free
 Material botol ni diperbuat dari PPSU [Polyphenylsulfone].Kelebihan Material ni boleh mencapai               tahap kepanasan sampai 180 celcius dalam proses sterilizer & tahan lasak.

 Susu tak akan keluar kalau baby tak isap 
        Keselamatan untuk elak baby dari tersedak!!Takut ika dengar ramai kes baby mati                         tersedak!!

 Botol ni mengikut konsep pergerakan mulut baby semasa direct feeding kat kita
 Harga botol ni masa ika beli RM5+.++ 
        MAHAL tapi demi keselamatan baby ika sanggup!!

Lepas beli hubby terus xsabar nak uji betul ka botol ni susu tak akan menitik kalau tak diisap.kami try letak susu HL dalam botol tu...Yes susu tak menitik langsung walau setitik lepas kami tunggangkan botol tu.Bukan takat tu saja hubby try juga isap memang betul bila diisap baru susu keluar.LEGA asa bila botol ni betul-betul selamat untuk baby kami nanti.

Tapi botol ni tak dapat menampung SUSU IBU dari menitis!Well susu ibu molekul kecil sebab tu tak dapat tampung ika asa,kalau susu formula @ air ok ja.So kemungkinan baby tersedak masih ada disitu.
Tengok minum dengan penuh bergaya mula-mula 

Mula-mula ajar hana guna botol ni dia tak isap sangat pon lebih banyak main dari minum.Digigitnya puting tu,kejap-kejap  buat macam nak  muntah la.Tak pa la,baru nak kenal puting tiruan kan.

Dah bosan gigit plak puting tu

Lepas 1 minggu lebih hana dah tak mau minum guna botol ni melalak tiap kali bagi botol.Ajar juga tapi kesian bila tiap kali dia melalak.

Since hana melalak setiap kali bagi puting ni so ika plan nak beli puting lain yang boleh muat dengan botol pigeon ni.Asa tak berbaloi plak bila nak beli set botol yang mahal tapi baby menolak lagi nanti...nampak si mama kedekut disini 
Kami pakat belikan hana puting NUK Yang boleh fix dalam botol pigeon (kata sale girl yang jual tu la)so tak rasa sangat membazirkan.
Memang la fix dalam botol Pigeon tapi bila salah tunggan susu akan menitik keluar dari lubang tapak puting ni.

Yang buat kami pilih puting ni sebab:
  puting NUK latex ni tersangat lembut,puting pigeon pon kalah
  lubang pada puting sangat kecil 
Dalam fikiran mama lubang kecil so flow slow tak da la hana tersedak nanti.

Sampai ja uma ika pon beria-ia la steriliz puting ni,esok nak bagi hana try.Esoknya masuk ja puting dalam mulut hana terus dia buat nak muntah,try lagi,sama juga nak muntah,try kali ke-3 terus melalak.OK la sayang,mama mengalah lagi.terus tak bagi hana puting ni.Nasib la mama beli puting saja hana oi!

Dah pening tak taw nak bagi puting apa lagi kat baby.Then teringat kak Tie kat ofis breastfeeding anak dia terus tanya anak dia guna botol susu apa.Lagi seminggu dah nak masuk keja,hana still refuse botol susu,Pening mama taw!!!
Kak Tie bagitaw anak dia guna botol susu MAM terus la ika google.Mula-mula tengok comey la botol dia mama dah berkenan disitu hahahahaha

Sebab mama berkenan:
 Design yang comey
 Anti Colic
 BPA free
 Mudah beralih dari breastfeed ke botol susu (no nipple confusion)
 Setiap part boleh dibuka & dicuci
 Puting lembut & bentuk seakan nipples mama 
rongga-rongga di bawah botol susu yang membolehkan udara keluar dan masuk ke dalam botol susu tanpa mengganggu pengaliran susu keluar dari puting botol.

  
Harga lebih murah dari Pigeon - RM 35.90

Esoknya mama suruh papa try dekat hana,Hana refuse lagi...Alamak!macam mana ni...pap suruh try letak puting pigeon dekat botol MAM tengok.
Puting Pigeon + botol MAM = Hana minum 2oz abis.
WHHHAAAAAAAAAAAAATTTTTTTTT
Anak oi,kamu ni nipple confuse ke botol confuse
Tak kisah la confuse apap pon asal kamu minum susu guna botol tapi yang ni cuma bertahan 1 minggu ja.Lepas tu xnak dah.
Mama tukar balik Puting MAM + Botol MAM= Hana nak plak,minum 3 oz abis
Sehingga la sekarang hana tetap dengan botol MAM.Alhamdulillah...dah jumpa pon botol pilihan hana   

So nasihat ika pada mom 2 be jangan la ikut hawa nafsu kita beli set botol starter pack bagai.Kalau baby xnak buat rugi ja.Kalau ikut hati memang nak beli ja yang comey2 semua tu kan.
Ingat penerimaan baby kita xsama dengan baby lain