Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan.
Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat.
Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .
Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa?
Lalu mereka semua berdiri.
Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka.
Apabila mereka semua telah masuk,
pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)


Hari pertama ramadhan berlalu dengan jayanya...dengan cuaca yang hujan,sejuk je rasa.Tahun lepas berpuasa masa pregnant,agak mencabar.Tahun ni lagi mencabar berpuasa sebagai ibu menyusu.
Since hari pertama berbuku beramai-ramai,menu 1 ramadhan special sikit


sotong goreng tepung terlebih garing 

Sebahagian juadah
Udang goreng tepung 

ikan taucu,air asam & kuah popia goreng
Ni kiriman jiran
Dah kongsi juadah berbuka semalam,ni ika kongsi plak tips untuk ibu-ibu yang menyusu.
Jangan takut dengan bulan Ramdahn,lalui hari-hari tersebut dengan tenang.InsyaAllah kuantiti susu yang dihasilkan masih kekal macam biasa,kalau kurang mungkin kuantitinya sedikit sahaja.Ini kerana walaupon kita tak makan,badan tetap beri keutamaan untuk hasilkan susu menggunkan simpanan zat dalam badan.


Semasa nak bersahur ika amalkan gumpal nasi sebnyak 3 ketul.
gumpalan pertama-baca surah al-ikhlas kemudian makan
gumpalan kedua-baca surah al-ikhlas kemudian makan
gumpalan ketiga-baca surah al-ikhlas kemudian makan
(semasa makan gumpalan nasi tersebut,niatkan dihati mohon Allah berikan kita kekuatan untuk berpuasa & menyusu anak serta dikurniakan susu yang banyak)




Mohon pada Allah agar susu tetap cukup untuk baby & kita dapat puasa & menyusu
Sumber:sis noorfazila
Akhir sekali ika sertakan niat berpuasa untuk rujukan semua: 

Semoga Ramadhan kali ni akan membawa keberkatan kepada kita semua.Amin......