30 June 2014

1 Ramadhan


 Rasulullah s.a.w bersabda :
 “Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. 
Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. 
Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .
Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? 
Lalu mereka semua berdiri. 
Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. 
Apabila mereka semua telah masuk,
 pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya

 (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896) 


Ahlan WasahlanYa Ramadhan...syukur ke hadratNya kerana tahun ni kita semua masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan  Ramadhan yang penuh keberkatan  Tahun ni berazam nak puasa penuh...insyaAllah.....memandangkan 1 Ramadhan jatuh hari ahad,so balik sambut puasa dengan mak ayah di kampung.:sparks2:  

Hari pertama ramadhan berlalu dengan jayanya...dengan cuaca yang hujan,sejuk je rasa.Tahun lepas berpuasa masa pregnant,agak mencabar.Tahun ni lagi mencabar berpuasa sebagai ibu menyusu.

Since hari pertama berbuku beramai-ramai,menu 1 ramadhan special sikit   :like:  :like: nanti bila mak dah start meniaga bazar ramadhan dah tak sempat berbuka di rumah.Suasana dah tak sama plak.....Juadah berbuka puasa kami sekeluarga semalam,sup gearbox,air asam,ikan masak taucu,udang & sotong goreng tepung,pupia goreng,pulut sekaya,koey teow goreng,air ribena & soya cincau.

sotong goreng tepung terlebih garing   blogger-emoticon.blogspot.com

Sebahagian juadah

Udang goreng tepung    :like:

ikan taucu,air asam & kuah popia goreng

Ni kiriman jiran

Dah kongsi juadah berbuka semalam,ni ika kongsi plak tips untuk ibu-ibu yang menyusu.
Jangan takut dengan bulan Ramdahn,lalui hari-hari tersebut dengan tenang.InsyaAllah kuantiti susu yang dihasilkan masih kekal macam biasa,kalau kurang mungkin kuantitinya sedikit sahaja.Ini kerana walaupon kita tak makan,badan tetap beri keutamaan untuk hasilkan susu menggunkan simpanan zat dalam badan.
  sentiasa positif & yakin dengan diri sendiri
  Jangan sesekali tinggalkan waktu sahur.Makan nasi @ makanan yang berat,jangan makan makanan               yang banyak minyak,makan sayur & buah banyak.
Semasa nak bersahur ika amalkan gumpal nasi sebnyak 3 ketul.
gumpalan pertama-baca surah al-ikhlas kemudian makan
gumpalan kedua-baca surah al-ikhlas kemudian makan
gumpalan ketiga-baca surah al-ikhlas kemudian makan
(semasa makan gumpalan nasi tersebut,niatkan dihati mohon Allah berikan kita kekuatan untuk berpuasa & menyusu anak serta dikurniakan susu yang banyak)
  Minum air yang banyak terutama waktu sahur dan selepas berbuka.Minum susu,milo suam,horlick                 suam @ minuman malt sebelum habis waktu sahur.
  makan makanan berkhasiat & seimbang apabila waktu berbuka.Pastikan makanan berat kerana ibu               menyusu memerlukan 500 kalori  lebih banayak dari wanita yang tidak menyusu.
   pastikan anda pam sebelum tidur atau kerap susukan anak waktu malam untuk pastikan lebih banyak            demand untuk penghasilan susu di waktu siang.
  Doa semoga Allah permudahkan segalanya.Kerana hanya dengan izinNya sahaja kita mampu                       melakukan segala-galanya.
Mohon pada Allah agar susu tetap cukup untuk baby & kita dapat puasa & menyusu


Akhir sekali ika sertakan niat berpuasa untuk rujukan semua:  emoticon57


Semoga Ramadhan kali ni akan membawa keberkatan kepada kita semua.Amin......






5 comments:

  1. Selamat Berpuasa Ieka~
    Sedappp semua nyaaa..best nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa juga buat WE :D
      homemade memang sedap walaupon telur goreng kan WE ;)

      Delete
  2. amboi menu.. terliur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...sementara mak xstart niaga lagi ni masak sedap!gitu!

      Delete
  3. Assalamualaikum kak, salam ramadhan. terima kasih share tips untuk ibu menyusu. memang diperlukan sangat, sheila belum mula puasa lagi tapi tak sabar nak puasa. heeee

    ReplyDelete