26 April 2013

9 minggu 2 hari

Apa khabar kawan-kawan?Ika tengok ramai b2b yang sedang sibuk siapkan diri untuk majlis.Mom 2 be plak berkongsi ilmu-ilmu untuk bakal mom 2 be.
Kalau korang tengok dekat tiket pregnancy ika hari ni dah 11 minggu ka
Tapi masa hari selasa baru-baru ni ,23.4.2013 ika ada check up kat KKIA,doc scan & baby  baru 8 minggu 6 hari.so hari ni baru 9 minggu 2 hari.Mula-mula risau juga,tapi doc cakap normal & baby pon sihat.Alhamdulillah.......
Since doc xprint out pic bby so xleh la nak kongsi ngan korang semua..
Ya Allah,.....masa doc scan macam xpercaya ja ada lil khalifah dlm ni.Comel sgt......dah nampak tunas kaki & tangan dia
Next check up doc cakap akan repeat scan,hopefully nanti doc print out pic bby.Boleh la aunties tengok bby comel mama ni 
Since xdak pic baby,ni mama tempek gambar baby bump mama yang kian membesar 

  
Sekarang jeans ika dah xleh pakai ketat!huhuhuhu so kena beli maternity jeans dah kot.....

Ni perkembangan baby ika pada 9 minggu 


Menjelang minggu kehamilan yang ke-10, anda mungkin merasakan yang anda sedang menaiki roller coaster emosi, kadang kala merasa serba tak kena dan pada masa lain merasa amat gembira. Walaupun ini mengganggu setengah wanita yang menganggapkan mereka cekap mengawal perasaan, apa yang anda lalui adalah normal dan mungkin akan berlarutan sepanjang kehamilan. Emosi turun-naik disebabkan hormon-hormon yang menyemarak. 

Di penghujung minggu, panjang fetus anda di sekitar 0.9 inci / 2.3 sentimeter. Dari segi bentuk dan saiz, rupanya mirip lenggai kacang pea. Kelopak mata bercantum dan tidak akan buka sehingga 27 minggu kehamilan. Pergelangan tangan lebih matang, pergelangan kaki sudah nyata dan jari kaki kelihatan jelas. Lengan semakin memanjang dan boleh dibengkokkan di siku. Menjelang akhir minggu, butiran dalaman telinga sudahpun sempurna. Walaupun anda belum lagi dapat menentukan jantina fetus melalui ultrasound, alat kelaminnya sudah mula terbentuk. Kini plasenta telah cukup matang dan mampu menyokong hampir semua tugas mengeluarkan hormon yang kritikal. 

Sekiranya anda belum lagi berjumpa dengan pakar obstetrik/ginekologi, anda perlu membuat rancangan untuk pemeriksaan antenatal, dan kami mempunyai panduan lengkap tentang ujian-ujian antenatal. Jika anda berumur lebih daripada 35 tahun atau mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit tertentu, anda mungkin mahu mempertimbangkan ujian sampel vilus korion (CVS), satu ujian antenatal yang lazimnya dijalankan antara 10 minggu dan 12 minggu kehamilan, yang menapiskan kecacatan kelahiran dan keabnormalan. 


sumber:babycenter


Hopefully baby akan terus membesar dengan sihat ya 

P/s:sekarang ika alah pagi & petang so jarang update blog padahal banyak benda nak kongsi dengan korang.huhuhuhu...menghitung hari untuk 1st trimester ni.

      

6 comments:

  1. bagusnya tempat ika selalu scan, dija masa 6weeks aritu scan, sekarang tak scan2 dah, maybe 20 weeks nanti baru scan pulak, perot dah nampak.. perot dija pun rasa besar je sekarang makan banyak..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 la...ika pon xsangka doc selalu scan.since doc dah scan so hubby ckp xyah p swasta scan bby dah :) share la pic baby bump dija :) mesti cute :)

      Delete
  2. wah dah besar dh perut dia... eksaited~

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 la...selalu orang ckp anak sulung lepas 1st trimester baru nampak bby bump.tapi ika baru 2 bulan lebih dah nampak dah :P

      Delete
  3. sweetnya mama ika...touching baca entry ni..happy for u dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx sis :) dapat tgk bby sendiri sis mcm xpercaya pon ada gak sis ,ni xsabar nak tgg next scan sis :D

      Delete