12 February 2014

Pengalaman bersalin Adra Yukihana

Assalammualaikum...
fuh!!!lepas 3 bulan melahirkan baru nak share pengalaman melahirkan puteri sulung ika ni.Nampak x bertapa bizinya mama ika ni :p hehehehehehe....bukan bizi sgt pon sebenarnya tapi lagi best layan baby hana dari blogging taw!!!

Dulu masa ika isi borang cuti bersalin ika tak ambil cuti awal macam sesetengah orang ambil cuti awal seminggu @ dua minggu sebelum bersalin,Ika tanya mak,dia cakap tak payah ambil cuti awal nanti over due rugi cuti.Sebagai anak yang baik,ika ikutkan cakap mak & percaya diri ni kuat boleh kerja sampai saatt-saat sebelum bersalin,ceeewaaaahhh!!!
Tapi masa 38minggu bersalin dah terasa tak larat nak bawa diri dah,perut membesar dengan jayanya,so bincang dengan hubby cakap nak ambil cuti next week.Bayangkan ika nak bangun dari kerusi pon beraduh!!lepas confirm ja next week boleh cuti heppynya!!hari terakhir kerja terus kemas-kemas meja kat ofis ni,balik dengan suka hati :D 

9.11.2013 , sabtu
since hari cuti dan semalamnya tidur lambat so pagi ni bgn lambat juga la.Dalam pukul 11pagi macam tu ika masuk toilet buang air kecil tengok-tengok ada brownish secalit kat tisu masa bersihkan diri.Dalam hati dok pikir ni turun tanda ka??nurse cakap turun tanda darah tapi ni brownish...pening sudah!!tunjuk kat hubby ,ye cakap mungkin tanda.Since tak ada pengalaman,ika tanya kak sepupu yang kerja nurse,dia cakap tu turun tanda. Tapi ika xdak rasa sakit pon,ika ingat tak mau la p hospital lagi since x sakitkan,tapi hubby nak juga bawa p hospital.Ika pon kemas uma then pack beg baju hubby..beg baju ika & baby dah ada kat uma mak.2 ptg kami bertolak dari penang ke sungai petani..on the way balik SP kami singgah sunway carnival seberang jaya sebab asa nak makan kerabu pelam chicken rice shop!hah!dah turun tanda pon ada ada mengidam lagi 2.Sampai uma mak dalam pukul 4 petang,lepas dah turunkan semua beg terus gerak ke hospital,dalam 4.30 ptg sampai la hospital.masuk labor room sambil dok gelak-gelak dengan hubby :p

Lepas dah daftar ,jumpa doktor.dok wat ctg,jantung baby ok,kemudian doc scan,
"baby pn kecik saja dalam 2.7kg" 
dalam aty betul ke scanner doc ni??masa kat KK doc cakap baby besar.Tapi think positive ni,baby kecik lagi better senang nak bersalin la....
"Pn,saya nak check laluan ya,nak tengok dah buka ka" 
dalam hati dok pikir mesti xbuka punya la sebab setahu ika klu dah buka mesti sakit.
""ok dah buka 3cm Pn"
"hah!!betul ka doc??"
"ya ,saya nak tolong bukakan laluan utk pn,tapi sakit sikit ni"
Waaaarrrggghhh!!bukan sakit sikit tapi sakit ooooo doc tolong buka kan laluan,masa dia wat VE xsakit tapi TOLONG ni sakit!!!
"ok...pn kena admit wad"
"doc...saya nak balik la,saya xrasa sakit pun ni"
"Tapi pn dah fasa aktif ni,saya confirm mlm ni pn bersalin"
"tak pa doc saya balik dulu la...nanti malam kalau sakit saya datang balik.Lagipon rumah saya dekat ja,15minit ja sampai la hospital"
"Ok saya bagi pn balik tapi klu rasa sakit kuat,turun darah banyak @ pecah ketuban kena datang hospital segera!!"
Tersengih teru bila dapat green light untuk balik!!hahahahaa..keluar labor room dengan senyuman ni.Hubby tengok-tengok dia terus cakap bby bg false alarm lagi la 2.Bila bagitaw dah buka 3cm terus terkejut .hehehehehe...

5.30 ptg sampai rumah terus suruh abang sepupu ambilkan kelapa sebiji nak minum.Petang tu still tak sakit cuma asa sakit pinggang ja sikit.Dok bergelak sakan dengan semua yang ada.Lepas maghrib mak ayah,mama abah,abang e,kak zai,abang g,kak ina ,mak cik pak cik berkumpul kat uma.semua pelik tengok ika dok bergelak sakan dengan diaorang.
8 malam,pinggan still sakit sikit tapi asa ngilu2 kat miss V.macam ada benda.Start 8 malam sampai 11mlm,setiap sejam ika akan disuruh mandi air sejuk..sejuk gila mandi mlm2 sampai mengigil satu badan,katanya petua cepat bersalin.
11mlm kak ina yang keja nurse minta nak check perut,dia cakap napa perut still tinggi klu dah nak bersalin.so baring la untuk dia check...
"Ya Allah Ika!!!!!......................................................"

bersambung ke bahagian ke-2 ,panjang sangat jenuh korang nak baca 

1 comment:

  1. alaa suspen je.. pat laa sambung Ika.. hehe

    ReplyDelete