12 June 2013

Bom di tempat kerja!!!!



GEORGETOWN: Prosiding kes di Bangunan Mahkamah Pulau Pinang di Lebuh Light di sini terganggu selama sejam dari pukul 10 pagi berikutan panggilan bom palsu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata sejurus menerima aduan panggilan bom itu, sebanyak 25 anggota Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang (IPK) bergegas ke tempat kejadian untuk pemeriksaan. 
Beliau berkata seramai 200 petugas mahkamah dan orang awam diarah mengosongkan bangunan mahkamah itu. 

"Setelah membuat pemeriksaan dari setiap aras kompleks mahkamah selama sejam kita dapati panggilan itu adalah palsu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata panggilan palsu yang diterima di IPK itu dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki Arab berdasarkan cara pertuturannya. - Bernama

P/S:Walaupun palsu tetap menakutkan kami kakitangan kat sini...buatnya meletup naya ja.Ika masa kejadian xtahu pape,nasib ada guard datang panggil suruh kumpul dibawah.

No comments:

Post a Comment